Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Monday, May 23, 2011

Kebenaran Tentang Kekeliruan Isu Secret Recipe

Mesti korang pernah terbaca mengenai isu DNA babi dalam ramuan kek dan roti keluara Secret Recipe kan? Tak pernah baca? Okay, baca kat sini.


Link ni aku dapat dari salah sebuah page kat dalam FB jugak, Makanan & Minuman Yang Dicemari Kesucian Untuk Umat Islam. Aku bukan nak kata yang page nie menipu, tapi aku jenis suka kaji dulu sebelum percaya tentang satu2 perkara.

So, berbalik pada isu tadi, korang boleh baca tentang isu ini dalam link Halal Jakim di bawah.


Sekarang aku nak terangkan pasal kekeliruan yang wujud yea.

Mengikut sumber Halal Jakim, syarikat yang didaftarkan atas nama Syarikat Puratos Sdn Bhd tidak dapat memperbaharui sijil halalnya kerana pihak Jakim telah menemui DNA babi dalam ramuan membuat kek dan roti keluaran syarikat mereka. Dalam gambar di bawah, korang dapat lihat bahawa nama produk keluaran Syarikat Puratos yang terlibat adalah Talento Brownies Concentrate Secret Recipe dan talent Cake Concentrate Secret Recipe di bawah jenama Puratos. Secret Recipe di sini membawa maksud bahawa ianya adalah nama produk, dan bukannya keluaran syarikat yang sama mengeluarkan produk kek dan roti untuk Secret Recipe.


Ini pula adalah maklumat Syarikat Puratos Sdn Bhd yang didaftarkan di bawah Jakim.


Sekarang kita lihat pula untuk syarikat Secret Recipe. Seperti yang korang lihat dalam gambar di bawah, nama produk adalah di baris yang pertama, di bawah jenama Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn Bhs, keluaran Secre Recipe Cakes & Cafe Sdn Bhd. Secret Recipe yang dimaksudkan di baris kedua dan ketiga adalah jenama dan syarikat yang mengeluarkan produk tersebut.


Gambar di bawah adalah maklumat mengenai syarikat Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn Bhd yang di daftarkan di Jakim.


Sekarang, korang bandingkan mengenai kedua-dua maklumat syarikat berkenaan. Sangat2lah berbeza.

Sekarang korang faham tak mengenai kekeliruan yang berlaku? Yang Halal Jakim sahkan tidak halal adalah untuk produk di bawah jenama Puratos keluaran Syarikat Puratos Sdn Bhd, dan bukannya produk di bawah jenama dan keluaran syarikat Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn Bhd.

Harap korang dapat mengetahui mengenai kekeliruan tentang isu ini. Bukan untuk menyalahkan mana2 pihak. Tapi, sebelum membuat satu2 spekulasi kita harus membuat kaji selidik dan memahami betul2 mengenai perkara ini. Isu halal dan haram dalam ramuan makanan adalah satu isu penting dan ia akan membuatkan wujudnya perasaan was2 dalam diri.

Harap dengan penjelasan di atas korang dapat legakan hati korang yang masih tertanya2 mengenai perkara ini. Kalau masih tak nak percaya, rujuk sendiri di laman web Halal Jakim. Semua info adalah dari laman web tersebut. Kongsi2kan bersama kawan2.

p/s: tengok2 balik, Secret Recipe dah lama dapat sijil halal..takkan baru2 nie je nak kecoh2..malu dengan bangsa sendiri..suka judge tanpa amik pendekatan untuk soal selidik..num fail yang berlainan dalam fail Jakim, tentu2 lah syarikat pun berbeza..haila manusia.....

lots of love,
[Miss Eriqa]

Friday, May 20, 2011

Kesakitan Tiada Penamat

Tinggal lagi 2paper.
Entahlah, sesungguhnya aku agak down kebelakangan ni.
Perlukan kawan2 aku yang suatu ketika dulu mengisi hidup aku dengan tawa dan riang bersama.
Namun, mampukah aku capai kenangan itu semula?

p/s:perlukan seseorang untuk bercerita..cerita tentang apa saja yang boleh membuatkan aku lupa seketika tentang kesakitan ini..perlukan seseorang yang boleh dipinjamkan bahunya..memberikan aku ruang untuk menangisi kesakitan ini..masih adakah insan seperti  itu..

lots of love,
[Miss Eriqa]

Thursday, May 12, 2011

Tension

Besok pagi, paper ke3 aku untuk final exam aku semester ini.
Hurm.. Rasa macam tak larat sudah nak teruskan.
Tapi terpaksa juga.
Kehidupan sebagai seorang pelajar memang macam nie.
Terpaksa terima dalam kerelaan.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Tuesday, May 10, 2011

Penghilangan Diri

Dah lama tak menulis. Sekarang tengah musim exam. Final untuk semester keenam, pengakhiran tahun ketiga. Hurm... Dah lama rupanya aku merantau mencari ilmu. Tak sangka aku mampu untuk bertahan di sini selama ini. Semester ini banyak kisah berlaku. Dan aku, sangat2 sedih bila aku terlibat dalam satu kes yang susah untuk terima. Hurm..

Lupakanlah pasal kisah tu. Semester ini, ramai rakan2 aku akan tamatkan pengajian. Ramai yang akan menjadi semester terakhir di sini. Uwa!! Saya sedih bila tiada lagi mereka yang boleh dibawa bergosip bersama2. Huhuhu...

Semester ini menjadi semester yang agak sukar bagi aku. Tidak mampu rasanya untuk aku menahan dan menjadi tabah untuk menempuhi semester ini.

Owh yea.... Rasanya, aku akan kurang mengupdate blog selepas ini. Buat masa sekarang, aku akan meneruskan usaha aku untuk menjawab baki 5 paper lagi untuk final exam semester ini.

Untuk 3bulan yang akan datang, ramai yang tahu aku akan bercuti untuks satu tempoh masa yang agak lama. Dan apa yang akan aku buat? Saya mahu bekerja. Di mana?? Tunggu bila tiba masanya nanti.

lots of love,
[Miss Eriqa]