Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Sunday, October 09, 2011

Pernahkah Kau Rasa Saat Itu

Pernah rasa kehilangan??

Pernah rasa kesunyian??

Pernah rasa kekesalan yang datang akibat tersalah langkah??

Pernah tak korang rasa apa yang aku ungkapkan di atas? Percaya tak kalau aku katakan, aku pernah merasa ketiga-tiganya dalam satu masa? Aku pernah rasa kehilangan atas sikap bodoh aku sendiri. Aku pernah rasa kesunyian bila diri tak mampu berselindung merindukan dirinya. Aku pernah merasa sesal yang teramat kerana kesilapan dalam mengatur langkah kehidupan.

Dulu aku bangga bila diri dijadikan santapan mata lelaki. Bangga bila berpakaian seksi. Bangga bila mampu menyarungkan pakaian yang orang lain malu untuk sarungkan ke badan mereka. Namun, semuanya berubah bila aku berjumpa dia. Dia mengajar aku erti malu menjadi santapan mata lelaki, erti kasih dan sayang terhadap diri sendiri. Kerana itu, aku tidak mampu kehilangan dirinya.

Aku tersilap langkah bila aku mencari kenangan silam. Ayunan langkah yang aku aturkan menjadi penyebab aku hampir kehilangan dirinya. Mana mungkin aku kehilangan dirinya, insan yang berjaya membuat aku berubah begini.

Dalam erti kata lain, jika kau disayangi seseorang, cubalah untuk menyayangi dirinya. Tidak akan ada yang mampu menyayangi dirimu selain dirinya. Ketulusan dalam kasih sayangnya, hingga sanggup mengangkat martabat seorang gadis kepada seorang isteri, menggalas seribu beban di bahu mereka, itulah insan yang benar2 mampu membuatkan kau tersenyum setiap masa.

notatanganmenaip: bukan ditujukan pada sesiapa..bukan ditujukan untuk suami2 yang curang..bukan ditujuakan untuk isteri2 yang derhaka..hanya sekadar luahan hati dan perasaan....

lots of love,
[Miss Eriqa]