Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Saturday, December 31, 2011

Exam di Awal Tahun


Sesuatu yang menarik berlaku waktu aku bukak dashboard blog hari ini. Tengok la num pageview saya.. 8080... Num ong bank kata orang cina.. Huhu...


Lama tak menulis kan? Hurm.. Agak busy dengan assignments and final exam. Ini keadaan sebentar tadi. Study untuk paper besok malam. Penat, ngantuk, semua cukup. Mengharap yang terbaik untuk hari besok dan seterusnya. Doakan aku dan kawan2 yea!!

Hari ini hari terakhir untuk tahun 2011. Tak sangkakan, dah sekejap nak masuk 2012. Ini bermakna, perjalanan aku di UUM bakal menghampiri penghujungnya. Semoga segalanya berjalan dengan lancar.

p/s:malas nak menaip sebenarnya.. tak tau nak karang cerita apa.. =)
lots of love, [Miss Eriqa]

Monday, December 19, 2011

Saat dan Senyuman

Saat hujan turun,
Saat itu hati aku terluka,
Saat matahari memancarkan sinarnya,
Saat itu hati aku bercahaya.

Saat bulan itu purnama,
Terlihat aku pada wajahmu,
Saat malam itu bersinar kerana bintang,
Terlihat aku pada senyumanmu.

Saat itu,
Tika itu,
Aku kelihatan gembira,
Namun,
Siapa sangka,
Dalam suka tersimpan duka.

Teringat aku pada katanya,
Senyuman itu tanda kegembiraan,
Namun tahukah dikau semua,
Senyuman itu juga tanda kedukaan.

Saat itu,
Aku tersenyum,
Kau hadir dalam pelukan,
Pelukan yang telah lama aku dambakan,
Kerana kau insan tersayang.

Senyuman yang aku ukirkan,
Tersimpan seribu rahsia,
Tersemat kemas dalam ingatan,
Untuk aku lupakan,
Satu hari nanti,
Pabila tiba saat itu,
Akan aku hulurkan salam kemaafan.

Senyuman yang aku ukirkan,
Hanya mereka yang mengetahui maksudnya,
Kerana aku seorang penyimpan,
Tersemat kemas dalam dakapan.

Tidak aku ingini kamu tahu,
Kedukaan yang menghimpit diri,
Biarpun aku sangat terluka,
Hanya mereka yang megetahui.

Dari dulu kami bersama,
Ego telah rendah aku letakkan,
Tidak aku mahu mereka terluka,
Kerana aku akan turut berduka.

Biarlah masa menentukannya,
Biarlah masa menceritakannya,
Biarlah aku terus begini,
Kerana aku ada mereka di sisi,
Kerana aku gembira bersama mereka.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Sunday, December 18, 2011

Kahwin Awal, Gatal??

Aku tidaklah mempunyai ilmu agama yang tinggi. Namun, ini yang ada dalam pemahaman aku. Antara perkara2 yang harus disegerakan apabila tiba waktunya:

1. Solat di awal waktu.
2. Jenazah yang harus dikebumikan.
3. Menjamu tetamu yang datang ke rumah.
4. Membayar hutang apabila berkemampuan.
5. Mengahwinkan anak gadis apabila cukup umurnya.
6. Bertaubat bila melakukan kesalahan.

Aku bukan nak sentuh tentang semua. Cuma, aku nak sentuh isi kelima. Mesti ada yang cakap aku gatal sebab nak kahwin cepat, kan? Biasalah, remaja zaman sekarang. Bila ada antara kita yang kahwin awal, mesti cakap 'gatal sangat lah tue...'. Persoalannya di sini, gatalkah kalau kita kahwin awal?

Ini pendapat aku. Terpulang pada mereka yang ingin yang menerima atau menolak. Bagi aku, kahwin awal bukanlah sesuatu yang patut digelar gatal. Kerana bagi seorang anak gadis, kahwin apabila cukup umur merupakan antara salah satu perkara yang harus disegerakan oleh ibu dan bapanya. Tapi, bagi ibu bapa zaman sekarang, kalau boleh nak suruh anak2 mereka capai kejayaan sendiri sebelum berkahwin. Perlukah semua itu?? Bagi aku, rezeki bila dah berkahwin ni lagi bernilai. Sebab bilah dah berkahwin, rezeki yang diterima adalah untuk dua orang. Lebih bermakna bila rezeki tu dikongsi oleh dua orang.

Salah satu lagi sebab kenapa aku nak sangat kahwin awal. Aku nak menghalalkan apa yang haram. Sebabnya, bila dah meningkat dewasa *dewasa la sangat*, aku terfikir balik. Perlu ke aku asyik couple dan putus sedangkan itu semua haram. Bila sesuatu yang haram itu menjadi halal, nikmat yang dikecapi tidak dapat diluahkan dengan kata2.  Lagipun, banyak sangatkah amalan dan pahala kita jika kita mampu menanggung dosa yang kita lakukan?

Jujur aku cakap, memang aku ada impian aku sendiri. Nak berbakti pada ibu bapa, nak cari aset. Tapi itu dulu. Sebelum aku tahu dan aku kenal erti cinta. Bila aku kenal indahnya cinta, betapa aku tidak ingin lepaskan keindahan itu. Tapi, sepanjang aku couple, perasaan takut itu masih wujud. Kenapa pun aku tak tau. Bila aku tengok kawan2 yang dah bertunang dan berkahwin, tiba2 aku terfikir. Apakah perasaan takut itu akan hilang andai aku menghalalkan apa yang haram?

Andai itu yang patut aku lakukan, ingin sekali aku cepatkan. Tapi, halangan wujud bila aku masih lagi study dan dia masih lagi tidak kukuh dari segi kewangan. Hurm.. Mampukah aku terus mengelak dari melakukan dosa andai aku hanya insan yang lemah??

lots of love,
[Miss Eriqa]

Friday, December 16, 2011

Saya Sayang Awak

Sayang,
Hati ini adalah milikmu sayang,
Menyayangi awak mencintai awak,
Membuatkan hidup saya ceria.

Sayang,
Awak yang terindah,
Awak yang bermakna,
Seribu kenangan awak ciptakan untuk saya,
Dan seribu derita saya ukirkan dalam kenangan awak,
Maasfkan saya wahai sayang.

Sayang,
Sayang saya tiada penghujungnya,
Cinta saya tiada penutupnya,
Rindu saya tiada surutnya,
Kerana awak sentiasa dalam kenangan.

Sayang,
Awak tahu siapa awak di hati saya,
Awak tahu tempat awak dalam hidup saya,
Dan awak tahu siapa awak pada saya,
Kerana awak,
Mazlan Shah Jamaluddin.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Thursday, December 15, 2011

Tidak Ingin Menyakiti, Tidak Mahu Disakiti

Yang pertama baru bertunang awal bulan 12..
Yang kedua dah berkahwin dan dah lost contact..
Yang ketiga pun dah berkahwin tengah bulan 11..
Yang keempat, aku tak nak amik tahu langsung. Kalau boleh sampai terbuka pintu hati aku untuk memaafka kesilapan yang berlaku.
Yang kelima pun dah berkahwin.
Yang keenam, dia..

Iya, dia yang keenam dalam kehidupan percintaan aku. Dia yang mampu memadamkan kenangan silam aku tentang kesakitan itu. Dia mengajar aku erti kesetiaan sedangkan aku dulu banyak menyakiti hati orang. Sedih, iya memang aku sedih. Dulu aku budak2. Tak kenal erti kesetiaan. Tapi kini aku kenal erti kesakitan dipermainkan.

Bulan menginjak ke angka 12. Dan hubungan aku menginjak ke angka 2. 2 tahun bersama, bagai baru semalam aku berkenalan. Dia mungkin bukan yang terbaik, tapi biarlah dia yang terakhir aku sayangi. Sungguh aku sayang akan dirinya. Tidak aku mampu kehilangan dirinya. Moga tahun baru membawa sinar baru.

Love u always... And u know who u are..

lots of love,
[Miss Eriqa]

Saturday, December 10, 2011

Lega Buat Sementara Waktu

Akhirnya, beban ICS dan SM individu dah berakhir. Aku seronok. Sangat seronok. Huhu... Dapat rehat kan minda sekejap. Yang tinggal sekarang, hanya Specialised Taxation dan SM group. Harap2 dapat hbskan dalam tempoh masa terdekat. Hehehe...

pic: bru setelkan assignment ICS... meja bersih?? sebab aku tak suka sepah2.. *3 steps* assignment nie tak banyak guna buku @ ntes, itu yang jadi bersih.. cuba kalau buat assignment guna buku and segala notes yg ada.. takda rupa meja dah ha.. hehe...

Life busy sekarang. Sangat busy. Dah lama aku tak rasa saat2 macam ni. Sebab apa? Hurm... Sebab aku suka buat kerja last minute. But, aku puas bila dapat siapkan kerja ikut kehendak aku. Hehe... =)

Now, nak tengok2 apa yang patut aku buat untuk SM group project pulak. Sebab apa? Sebab, aku prefer buat yang paling aku minat di akhir2 cerita. Hehhee...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Thursday, December 08, 2011

Time Fly By

It might not be nice, 
But it’s come from inside, 
It might not be expensive, 
But it’s full with love. 

We met and we separate, 
It is the call of our nature, 
Joy, sorrow, tears and laugh, 
Fills in every memory we had together. 

I never thought the day had come, 
As I hope the day will never exists, 
But that what we called faith, 
Because of faith, 
I met you.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Tuesday, December 06, 2011

Sakit.... =((

Hari ni agak malang buat aku. Sebab? Hurm... Mengalami sakit perut yang teramat sangat sampai aku tak mampu untuk makan apa2. Sedih kan? Dah la perut tengah lapar nie. Huhu...

Semalam puasa sunat Asyura. Sepatutnya puasa sunat sehari sebelum Hari Asyura, Hari Asyura tu sendiri and sehari selepas Hari Asyura. Tapi, aku sempat puasa sehari sebelum je. Agak sedih sebab dah lama tinggal puasa sunat. Semalam berbuka makan nasi lemak ayam rempah kat proton and fresh orange. Pilihan yang menarik sebab memang makanan itu akan mendatangkan kesakitan kepada aku. Sebab?? Aku tak sahur. Itu bermakna, kali terakhir aku makan adalah pada hari sebelumnya di waktu malam. Tapi tak ingat makan apa. Then, bila dah puasa and tambah lagi tak sahur, of course la perut akan kosong tanpa apa2 kan? Eh2, kejap. Perut takkan kosong sebab ada gas dan asid yang datang akibat tiada makanan untuk dihadamkan.

Sebab tu aku tak boleh berbuka dengan nasi dan benda2 pedas atau berempah atau masam. Silap hari bulan, tak perlu nak silap sangatlah kan kalau dah jadi kesakitan tu pada aku hari ni. Perut sensitif ala baby ni memang susah *okay, sudah tahap poyo* kalau satu hari tak diisikan dengan makanan. Hurm...

Hari ni pergi kelas pagi tadi pun tak berapa nak selesa. Sakit perut ditambahkan dengan PMS, memang membuatkan aku rasa nak tidur je dalam kelas. Dah la kelas 3jam. Dan aku kesejukan!!! Huhuhu... Balik tadi pun terus ke toilet. Sakit bukan sebab lapar, tapi lebih pada pedih akibat dari terlalu banyak asid dalam perut yang tak fully utilize. Hahaha.. Mula la aku nak mengarut kat sini. Hehehe...

Owh yea.... Pintu bilik aku baru tukar hari ni. Tak lama lepas aku balik dari kelas tadi. Rasanya dalam pukul 1230 kot. Huhu... Akhirnya aku ada pintu baru. Tapi tak suka sangat dengan pintu baru ni. Susah nak explain kat sini. So, tak payah explain la kan? Hehehe...

K lah, nak sambung buat assignment. Setel yang ini, aku boleh bergumbira sebentar sebab hanya tinggal 3 lagi assignment yang perlu aku siapkan. Hehehe.... Tapi yang paling mencabar adalah 2 assignments terakhir yang perlu aku lakukan. Hehe... Hope, mampu siapkan dalam tempoh masa terdekat sebab nak prepare untuk final exam. Semester ni kitorang takda study week yea. So, kena study dari awal. Dan exam aku adalah antara exam terawal untuk semester ini. Hope boleh lakukan yang terbaik. Daaaa~~~~~

p/s: rasa menyampah nak baca, tak payah baca okay.. =))

lots of love,
[Miss Eriqa]

Sunday, December 04, 2011

Joke Is Not to be Fooled

Hari ni, aku rasa aku just nak kongsikan beberapa quote yang aku reka sendiri. Quote ni aku reka berdasarkan beberapa peristiwa yang berlaku dalam kehidupan aku. =))

" A joke won't be a joke when it turns to fool others. Life is to short too be fooling around. Thus, enjoyed every moment when you had the opportunities"


"People's care because they love you. But don't make people feel they are stupid for caring too much about you"

lots of love,
[Miss Eriqa]

Saturday, December 03, 2011

Khas Buat Kalian, Sahabatku



Sahabat Sejati

Persahabatan terjalin,
Pabila munculnya insan yang tidak aku kenali,
Di satu tempat,
Yang juga asing buat kami berdua,
Saat salam persahabatan itu aku hulurkan,
Kau sambut dengan senyuman.

Tahun demi tahun masa berlalu,
Kau sentiasa di sisi waktu aku memerlukan,
Saat aku jatuh kau hulurkan tanganmu,
Meminjamkan bahumu waktu kau tahu aku bersedih.

Susah dan senang kita bersama,
Kau bantu aku saat aku terkapai-kapai,
Aku menjadi penyokong waktu kau kesedihan,
Kita gelak bersama tiap kali kejayaan itu dapat kita genggam,
Tidak kira kejayaan itu milik siapa.

Masa mencemburui kita,
Menjadikan perpisahan itu satu hadiah,
Mampukah aku kekal kuat seperti sekarang,
Saat aku berjauhan dari dirimu,
Mampukah aku ketawa seperti sekarang,
Saat aku tidak tahu bersama siapa aku harus berkongsi.

Perpisahan itu suatu yang dijanjikan,
Tapi bukan yang dijanjikan oleh kita,
Aku bertuah memiliki dirimu sebagai seorang sahabat,
Kerana kau sahabat sejati.

Sahabat,
Berjanjilah,
Kita tidak akan pernah berpisah,
Jarak dan masa mungkin jadi penghalang,
Namun,
Berjanjilah sahabat,
Kau tidak akan pernah melupakan aku,
Saat kau menghulur salam buat sahabat barumu.

Sahabat,
Andai ini menjadi perpisahan yang kekal,
Doakan aku beroleh ketenangan di sana,
Hanya itu yang aku harapkan,
Kerana aku tahu satu perkara,
Kau,
Sahabat sejatiku.

Terima kasih,
Sahabatku.


Ikhlas dari hati,
Fadzlin @ Lynne @ Miss Eriqa

Pertemuan Pasti Ada Perpisahan

Lama sangat tak menulis kan? Huhu... Few months had gone, quite busy dengan kerja-kerja as a final sem students.

Bulan 12 sudah pun membuka tirai, menjadi bulan terakhir bagi tahun 2011. Pada semua yang telah membuat pelbagai azam untuk tahun 2011, sudah tercapaikah azam2 itu? Tepuk dada tanya selera.

Aku baru je selesai dengan assignment and presentation. Tapi, baru satu yang lepas. Masih ada 3 lagi assignments and 2 lagi presentations yang harus diselesaikan secepat yang mungkin. Kemungkinan besar, by the end of December, everything will be done. If possible, rasanya nak habiskan semuanya dalam masa yang terdekat.

Final semester di UUM, menjadi final year student, menjadi satu kenangan terindah dan terpahit bagi sesetengah orang. Aku? Dua2 mungkin ada, mungkin tiada. Perasaan bila hampir sampai ke penghujung? Hurm... Let see...


Sedih, sebab aku bakal meninggalkan UUM. Hampir 3 tahun setengah aku di sini, menimba pelbagai jenis ilmu. Menjadi seorang student memberikan aku peluang menimba ilmu ilmiah, menjadi seorang sahabat memberikan aku peluang mempelajari ilmu kehidupan. Yang paling aku sedih, berpisah dengan kawan2 seperjuangan dan my BFF, Mimie. Kehidupan aku di sini banyak dipenuhi kenangan bersama dia. Segalanya yang aku lakukan, pasti ada dia.





Menangis? Sila jangan harapkan aku menangis. Kenapa? Tangisan itu hanya akan keluar jika apa yang aku rancangkan menjadi kenyataan. Masih ada beberapa perkara yang harus aku selesaikan sebelum tangisan itu aku keluarkan. Andai terlaksana perkara itu, pasti tangisan akan kelihatan.



Gembira, sebab aku akan kembali ke dunia sebenar aku. Yupe, aku sangat suka berada di KL. Itulah dunia sebenar aku. Tidur lewat malam, Bangun awal pagi. Siang malam, keadaan tidak pernah sunyi. Itulah aku. Di UUM, aku kadang2 menjadi seorang yang pendiam. Pukul 10 malam je, keadaan menjadi sunyi. Nak keluar pun takut. Kadang2, pukul 2,3 pagi nak ke toilet pun takut. Hehehe...


2 perasaan berbeza dengan alasan yang berbeza. Tidak sama bagi individu yang berbeza. sama jugalah dengan aku. Tidak pasti apakah akan ada rasa sedih itu terbit di kalangan kawan2 lain. Aku tetap aku. Aku menulis apa yang aku rasa.

Yang penting, aku harap, perpisahan ini bukanlah perpisahan abadi. Ada rezeki, ada jodoh, pasti pertemuan akan terjadi semula.

Kata pepatah lama,

"Andai ada sumur di ladang, dapat hamba menumpang mandi, andai ada umur yang panjang, dapat kita berjumpa lagi.

Andai ada jarum yang patah, jangan di simpan di dalam peti, andai ada silap dan salah, jangan di simpan di dalam hati."

Kawan2, setiap pertemuan pasti disudahi dengan perpisahan. Tidak semua pertemuan itu akan berkekalan. Kenangan dan memori yang tercipta di sini, simpanlah sebagai satu album yang tidak mungkin akan dapat dijual beli, kerana semuanya berlaku hanya sekali.

credit gambar: Mr. G

notatanganmenaip: jangan disesali pertemuan yang berlaku, jangan ditangisi perpisahan yang berlaku. itu lumrah kehidupan, itu suratan azali. kenangan dan memori menjadi simpanan, untuk kita sulam bila kelapangan. =) 

lots of love,
[Miss Eriqa]