Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Friday, June 08, 2012

Selamat Pengantin Baru, Azeanatulshima...

3 Jun 2012, bertempat di Dewan Al-Firdausi, Pangsapuri Sri Penara, telah menyaksikan penyatuan dua hati menjadi yang halal buat satu sama lain.

*sudah, mula dah ayat skema... * 

Okay, aku memang failed buat ayat skema selain buat karangan waktu SPM dulu. Hahaha...

Last Sunday, member aku waktu sekolah rendah dulu telah pun selamat mendirikan rumahtangga. Aku suka bila kawan2 aku kawin, and sudah pasti aku pergi sebab nak ambik berkat. Hahaha... Mana tau, kot2 aku boleh kahwin awal kan??? Ngeeee...

Aku tak ingat nama penuh dia, tapi yang pasti aku takkan lupa nama kedua dia... Azeanatulshima. Sedap kan? Cantik secantik tuan punya nama. Huhu...

Sepatutnya aku ke sana dengan Azlina, sorang lagi member aku waktu sekolah rendah. Tapi, last minute dia ada hal yang memang tak boleh dielakkan. So, aku ingat nak gerak sorang, tapi tiba2 teringatkan si Aliffah, member aku yang berada di UPM. 

Aku dah sampai kat Penara waktu aku call dia nak tanya nak ikut ke kenduri Azean. So, aku shoot naik UPM dulu ambik dia and patah balik ke Penara. Sepatutnya janji dengan yang lain untuk meet up depan pintu dewan pukul 1, sebab ikutkan aturcara majlis, Azean sanding pukul 130 petang. Tapi pukul 130 petang baru aku sampai. Haha... Waktu aku sampai tu, Azean baru nak berarak ke pelamin. Yes!!!! Tak terlepas!!

Hehehe...

So, sampai2 aku makan dulu. Sebab nak kacau pengantin pun bukan boleh kan? Hahaha... Sementara tunggu pengantin bersanding dan makan beradab, aku lepak dengan member2 lain dekat luar dewan sambil borak2. 

Sesi bergambar *gila camera lah katakan..* pun bermula.. Hahaha... 

 Afiq nak tayang paha ke apa?? Haha....

Dari kiri: Siti Wahida, Norbaharizam, Siti Nur Shahila, aku, Siti Nur Aliffah.

Dari kiri: Mohd Nor Amin, Muhammad Sharif, Siti Nur Shahila, Mohd Afiq.

Tak ingat borak pasal apa, tiba2 si Shahila ni enterframe tangkap gambar pulak. Jadi la candid... =)

Yang baju putih tue, sepupu Azean. =)

Kami lagi... =D

Habis bergambar dekat luar, kami redah masuk untuk kacau pengantin di meja makan untuk tangkap gambar. 

*aku rasa ada lagi gambar yang takda dekat sini.. Owh yea, gambar semua adalah dari simpanan si Shahila.. Sebab tu lambat sikit update pasal cerita nie.. Ini pun ada lagi gambar yang takda... Ila, kalau ko baca, aku nak gambar pelamin ann kek!!!!!*


Pengantin baru nak makan, kami dah mengacau. Huhu... =D

Pengantin sama cantik sama padan. Tahniah Azean!!!

Gambar aku dengan pengantin perempuan haruslah ada. Dah kata ini blog aku.. Wakakaka... *gelak jahat sikit*

 Gambar kenangan kami semua bersama pengantin..

Buat Azean dan suami, 
Selamat Pengantin Baru.
Semoga perkahwinan kalian kekal hingga ke anak cucu.
Semoga pintu rezeki kalian terbuka luas.
Jangan tunggu lama2 untuk dapatkan anak.
^_^ tahniah lagi sekali.....


p/s: sejak dah besar, baru aku tau keseronokkan menjadi cam whore... sebelum nie, aku just suka menolong org utk mengabadikan kenangan mereka... owh yea, aku cam whore dengan mereka yang rapat je... =D


lots of love,
[Miss Eriqa]

Wednesday, June 06, 2012

Hutang Satu Entry...

Okay, aku tau ada janji satu lagi post. Pasal kenduri perkahwinan member aku waktu sekolah dulu kan? Huhu.. Tapi gambar banyak pada is Ila, member sekolah. Tunggu dia upload di FB baru aku update di sini yea. Hehe... Sorry guys... :)
Thank you

Monday, June 04, 2012

Makan-makan Bersama Budak Pejabat dan Kesayangan di Q Thai Steamboat & Sizzling Ampang Waterfront,

Okay. Sangat lama tak update story kan? Terlalu banyak cerita untuk dikongsikan, tapi aku rasa, biarlah ianya berhenti setakat di situ. Huhu...

Okay, Next nak story pasal steamboat night dengan my colleagues and love kat Ampang Waterfront last Friday. Actually, tengah bulan 5 hari tu, aku teringin sangat nak makan steamboat. But, not normal steamboat. Aku nak makan ala2 Renaz Steamboat di Perlis. Which is Thai Steamboat.

Beza Thai Steamboat dengan steamboat biasa adalah, Thai Steamboat ada grill and panggang2.. *erk... both bring the same meaning isn't it???* Hahaha.... Maksud aku kat sini, dia ada steamboat rebus berkuahkan clear soup and tom yum soup, and grill. Huhu... Kalau nak senang faham, meh aku tunjuk gambar.


Ini steamboat biasa.. Yang ini, aku makan di Steamboat Pulau Ketam, Festival City, Setapak. Story yang ini aku dah lupa la. Hahaha... Yang aku ingat, aku dengan sayang amik set for two with tom yum soup. yang ini takda grill. Nampak tak ada benda bulat kat belakang sebelah kanan tue? Dorang akan letak bekas soup tue kat situ, and panaskan. Sebab bawah tue dah ada dapur *kira tempat pemanas*.. Tak berapa mahal, sebab hari tu ada promotion 30%. Kalau takda promotion pun, aku rasa tak sampai RM60 untuk 2 orang.

Okay now, back to the story. Tempat yang aku pergi dengan budak2 tempat kerja ni adalah di Ampang Waterfront, Ampang. Kalau ada yang tak tau, tempat ini terletak di sebelah jalan menuju ke Bukit Langat/Bukit Ampang. Parking dia bapak luas. Staff and manager dia sangat ramah. 

Kitorang gerak dari pejabat pukul 6.30 petang lebih kurang macam itulah. Disebabkan Jalan Ampang akan jammed teruk waktu peak hours balik kerja, kitorang ikut jalan lain. Nasib baik sayang saya tau jalan dalam. And sampai di situ lebih kurang pukul 7 petang. Waktu kitorang sampai tu, tak ramai lagi yang ada di kedai. Kira kedai tu macam tengah tunggu pelanggan datang la. 

Lepak makan situ hampir 3 jam. And, yes!! Seronoknya di sini adalah, korang boleh makan apa saja tanpa limit waktu. Faham??? Satu kepala untuk dewasa adalah RM 27 tidak termasuk air. Air harga lain. Terlalu banyak pilihan sayur, marinated items, bebola. Jangan terkejut, dekat sini korang boleh refill aiskrim ikut kemahuan korang. 

Nak tengok view??? Ini je yang sempat aku tangkap, sebab ralit tengok makanan. Hahahaha....



Inilah yang dinamakan Thai Steamboat. See??? Ada bezakan?? Hehehe... Between Thai and normal steamboat, aku prefer Thai Steamboat. Sebab apa? Sebab boleh grill ayam and daging. Dan percayalah, marinated meat kalau di grill lebih sedap dari rebus. Huhu...



Proses2 memasak sedang dilakukan oleh Kak Ekin. Hehehe... Yang tangan tue, dia punya tangan la tue.


Proses memasak telah selesai untuk pusingan pertama. Aku rasa dalam tempoh lebih kurang 2 jam lebih tue, kitorang makan hampir 3 pusingan.


Tinggal ini selepas 2 jam makan. Haha... Licin.


Total untuk 7 orang berserta air adalah sebanyak RM 245.18. Yang mana ini tidak termasuk charge yang dikenakan akibat meminta extra dapur *actually kitorang tak minta pun. staff dia yang bagi*. Owh yea, amount ini termasuk dengan 5% service charge yang dikenakan yea.

Yang mengajar aku tentang Thai Steamboat ni adalah tidak lain tidak bukan si Diyana, budak bilik sebelah masa aku menginap di DPP Petronas waktu di semester akhir. Dan susah untuk cari style begini di KL. Nasib baik jumpa satu tempat. Hehehe... =D 

Now review tentang restoran.
1. Layanan: Tip Top!! Terbaik wooo wa cakap sama lu. 
2. Makanan: Sedap gila!!! Cuma bagi aku, tom yum soup dia kureng sikit la. Sedap lagi yang aku makan di  Festival City. Tapi, terlalu banyak pilihan. Ikan ada, adeq beradeq kerang pun ada, sotong, udang, bebola, aiskrim, bihun, maggi, nasi goreng, satay. Memang banyak makanan untuk dipilih.
3. Kawasan sekitar: Selesa gila. Parking senang, nak makan pun boleh pilih nak ada bumbung atau tak. Hehehe....

Aku rasa itu je la kot. Hehehe... Dah banyak sangat aku merepek meraban untuk entry kali ni. So, nanti aku update story lain pulak. Bukan pasal makan, tapi pasal wedding member sekolah rendah aku. 

notakakitangan: ada ke yang nak baca blog aku nie? hari ke hari makin meningkan view post di stats blogger, tapi hurm.....

lots of love,
[Miss Eriqa]

Friday, May 18, 2012

Kekesalan Yang Tidak Dapat Diulang Kembali

Bergaduh? Itu sudah jadi asam garam dalam kehidupan manusia. Aku? Baru lepas bermasam muka dengan si dia yang terasa hati dengan aku.

Bukan berniat untuk mencari kesalahan kamu, malah tidak aku berniat membuat kamu kecewa. Aku sayang kamu lebih dari yang mampu kamu bayangkan.

Aku mohon maaf andai aku membuat kamu terasa hati dengan kelakuan aku. Maaf tidak dapat memberi kamu perhatian yang kamu inginkan. Maaf kan aku sayang..
Thank you

Wednesday, May 02, 2012

Rindu Akan Situasi Itu

Masa sentiasa berjalan, meninggalkan kita tanpa berkata apa2. Begitu juga dengan teman, kawan, sahabat. Walaupun kita kadang2 cuba menjaga hati mereka, pasti akan ad yang terluka.

Aku mencemburui teman, bergelak ketawa di sana. Tapi aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya. Aku sayang kamu, ak rindu kamu, aku sentiasa di belakang kamu andai kamu memerlukan sokongan, aku sentiasa ada untuk meminjamkan kamu bahu aku tika saat kamu bersedih.

Semoga kamu sihat sentiasa, gembira selalu, bahagia selamanya. Aku sayang kamu, wahai teman...
Thank you

Tuesday, February 14, 2012

Merepek, Merapu, Meraban

Dah lama tak berupdate blog ni. Hehehe... Malas dan busy sebenarnya. Huhu...

Owh yea.. Ramai yang dah tau kot yang aku dah mula berpraktikal di syarikat tempat aku praktikal sekarang. Dah masuk minggu ketiga di sini. So far, life okay. Ada turun ada naiknya. Staff di sini enjoy. Seronok. Boss pun okay. Company yang kecik, tapi banyak yang aku belajar. Dan aku minat dengan apa yang aku buat sekarang. Belajar benda yang baru. Untuk aku apply di masa hadapan.

Kawan2 aku pun ramai dah practical. Semoga berjaya semua!!!

Dah la, malas nak menulis lagi. Hahaha....

lots of love,
[Miss Eriqa]


Thursday, January 19, 2012

New Place, New Environment

Agak lama kan tak update blog?? Update pun takda siapa nak baca. Huhu.. Tak mengapa, sebab aku pun tak kisah. Ngeee...

Aku sekarang banyak online dari pejabat je pun. Sebabnya kat rumah, internet bermasalah sikit. Huhu.. Tempat baru memang seronok. Walaupun sini semua bumiputera macam masa aku kerja dekat IMRAN dulu, tapi environment lagi best. Teman pejabat semua sempoi. Even boss pun sempoi. Huhu..

Okay lah, nak out dulu. Nak breakfast makan nasi lemak dulu. Ngeee....

*kan aku dah kata, pejabat ni sempoi.. makan dalam pejabat pun no hal la... =)

lots of love,
[Miss Eriqa]

Friday, January 13, 2012

Perpisahan Yang Sementara

9/1/2012 merupakan tarikh keramat buat aku bila aku tamat peperiksaan terakhir aku di UUM pada semester terakhir berada di sini. Gembira? Mungkin, tapi masih wujud perasaan takut andai kata keputusan tidak secantik yang diharapkan. Aku tidak minta keputusan yang cantik untuk setiap subjek, cukuplah sekadar aku tidak perlu mengambil peperiksaan khas nanti. Atau tidak perlu untuk aku kembali bergelar pelajar di semester 9.

Bermula 10/1/2012, kehidupan aku semakin bosan. Orang lain masih sibuk membuka buku, aku mula mengemas barang untuk dibawa pulang. Dan, bermula aktivit berjimba buat kali terakhir bersama kawan2 baik aku di sini.

Tak nak cerita panjang, biarlah gambar2 ini menceritakan segalanya.

Semoga persahabatan ini akan terus berkekalan bagai api lilin yang sentiasa menyala.




















lots of love,
[Miss Eriqa]

Sunday, January 08, 2012

Gembira??

It's 8th January 2012. With a blink of eyes, its had been 8 days already in 2012. Life?? There's no life for me right now as I'm in my final exam mood. But, it's gonna last until tomorrow.

Erk.. Apa yang aku meraban speaking ni? Okay, meulis dalam English tanpa arah tuju sangat membuatkan English aku buruk. Yea, saya memang sedar dari dulu. Hahaha.. Frankly speaking, aku memang tak pandai nak mengarang dalam english. Tapi, kalau nak mesej atau berborak dengan kawan2, itu tak jadi masalah. Jadi masalah bila nak bercakap dengan orang luar. Itu jadi macam gagap sikit. Hehe..

Dah2, dah banyak aku melalut ni. Okay, tujuan entry ni sebenarnya nak bagi tahu korang2 yang dekat luar semua yang aku tinggal hanya satu paper sahaja lagi. Aku baru je habis paper ke 5 pagi tadi. Paper yang paling berat untuk aku bagi semester ni. Sangat berat sampai aku rasa nak menangis bila menjawab. Semoga apa yang aku lakukan, telah aku lakukan dengan sebaik yang mungkin. Semoga keputusan aku mampu membuatkan aku tersenyum.

Besok adalah perjuangan terakhir aku di sini sebagai seorang student. Dan selepas itu aku akan melangkah ke luar, menjadi seorang pelajar praktikum. Takut?? Mungkin, sebab ini adalah secara rasmi. Yang aku kerja dulu, itu tak rasmi. Hahaha... =)

Okaylah, harus bergerak untuk mandi. Nanti air pulak takda. *tension aku lah.. 2minggu sebelum exam, masalah air.. sampai sekarang tak elok2..*

p/s:baru perasan.. ini entry pertama untuk tahun ini.. =)

lots of love,
[Miss Eriqa]