Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Monday, June 04, 2012

Makan-makan Bersama Budak Pejabat dan Kesayangan di Q Thai Steamboat & Sizzling Ampang Waterfront,

Okay. Sangat lama tak update story kan? Terlalu banyak cerita untuk dikongsikan, tapi aku rasa, biarlah ianya berhenti setakat di situ. Huhu...

Okay, Next nak story pasal steamboat night dengan my colleagues and love kat Ampang Waterfront last Friday. Actually, tengah bulan 5 hari tu, aku teringin sangat nak makan steamboat. But, not normal steamboat. Aku nak makan ala2 Renaz Steamboat di Perlis. Which is Thai Steamboat.

Beza Thai Steamboat dengan steamboat biasa adalah, Thai Steamboat ada grill and panggang2.. *erk... both bring the same meaning isn't it???* Hahaha.... Maksud aku kat sini, dia ada steamboat rebus berkuahkan clear soup and tom yum soup, and grill. Huhu... Kalau nak senang faham, meh aku tunjuk gambar.


Ini steamboat biasa.. Yang ini, aku makan di Steamboat Pulau Ketam, Festival City, Setapak. Story yang ini aku dah lupa la. Hahaha... Yang aku ingat, aku dengan sayang amik set for two with tom yum soup. yang ini takda grill. Nampak tak ada benda bulat kat belakang sebelah kanan tue? Dorang akan letak bekas soup tue kat situ, and panaskan. Sebab bawah tue dah ada dapur *kira tempat pemanas*.. Tak berapa mahal, sebab hari tu ada promotion 30%. Kalau takda promotion pun, aku rasa tak sampai RM60 untuk 2 orang.

Okay now, back to the story. Tempat yang aku pergi dengan budak2 tempat kerja ni adalah di Ampang Waterfront, Ampang. Kalau ada yang tak tau, tempat ini terletak di sebelah jalan menuju ke Bukit Langat/Bukit Ampang. Parking dia bapak luas. Staff and manager dia sangat ramah. 

Kitorang gerak dari pejabat pukul 6.30 petang lebih kurang macam itulah. Disebabkan Jalan Ampang akan jammed teruk waktu peak hours balik kerja, kitorang ikut jalan lain. Nasib baik sayang saya tau jalan dalam. And sampai di situ lebih kurang pukul 7 petang. Waktu kitorang sampai tu, tak ramai lagi yang ada di kedai. Kira kedai tu macam tengah tunggu pelanggan datang la. 

Lepak makan situ hampir 3 jam. And, yes!! Seronoknya di sini adalah, korang boleh makan apa saja tanpa limit waktu. Faham??? Satu kepala untuk dewasa adalah RM 27 tidak termasuk air. Air harga lain. Terlalu banyak pilihan sayur, marinated items, bebola. Jangan terkejut, dekat sini korang boleh refill aiskrim ikut kemahuan korang. 

Nak tengok view??? Ini je yang sempat aku tangkap, sebab ralit tengok makanan. Hahahaha....



Inilah yang dinamakan Thai Steamboat. See??? Ada bezakan?? Hehehe... Between Thai and normal steamboat, aku prefer Thai Steamboat. Sebab apa? Sebab boleh grill ayam and daging. Dan percayalah, marinated meat kalau di grill lebih sedap dari rebus. Huhu...



Proses2 memasak sedang dilakukan oleh Kak Ekin. Hehehe... Yang tangan tue, dia punya tangan la tue.


Proses memasak telah selesai untuk pusingan pertama. Aku rasa dalam tempoh lebih kurang 2 jam lebih tue, kitorang makan hampir 3 pusingan.


Tinggal ini selepas 2 jam makan. Haha... Licin.


Total untuk 7 orang berserta air adalah sebanyak RM 245.18. Yang mana ini tidak termasuk charge yang dikenakan akibat meminta extra dapur *actually kitorang tak minta pun. staff dia yang bagi*. Owh yea, amount ini termasuk dengan 5% service charge yang dikenakan yea.

Yang mengajar aku tentang Thai Steamboat ni adalah tidak lain tidak bukan si Diyana, budak bilik sebelah masa aku menginap di DPP Petronas waktu di semester akhir. Dan susah untuk cari style begini di KL. Nasib baik jumpa satu tempat. Hehehe... =D 

Now review tentang restoran.
1. Layanan: Tip Top!! Terbaik wooo wa cakap sama lu. 
2. Makanan: Sedap gila!!! Cuma bagi aku, tom yum soup dia kureng sikit la. Sedap lagi yang aku makan di  Festival City. Tapi, terlalu banyak pilihan. Ikan ada, adeq beradeq kerang pun ada, sotong, udang, bebola, aiskrim, bihun, maggi, nasi goreng, satay. Memang banyak makanan untuk dipilih.
3. Kawasan sekitar: Selesa gila. Parking senang, nak makan pun boleh pilih nak ada bumbung atau tak. Hehehe....

Aku rasa itu je la kot. Hehehe... Dah banyak sangat aku merepek meraban untuk entry kali ni. So, nanti aku update story lain pulak. Bukan pasal makan, tapi pasal wedding member sekolah rendah aku. 

notakakitangan: ada ke yang nak baca blog aku nie? hari ke hari makin meningkan view post di stats blogger, tapi hurm.....

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: