Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Friday, June 08, 2012

Selamat Pengantin Baru, Azeanatulshima...

3 Jun 2012, bertempat di Dewan Al-Firdausi, Pangsapuri Sri Penara, telah menyaksikan penyatuan dua hati menjadi yang halal buat satu sama lain.

*sudah, mula dah ayat skema... * 

Okay, aku memang failed buat ayat skema selain buat karangan waktu SPM dulu. Hahaha...

Last Sunday, member aku waktu sekolah rendah dulu telah pun selamat mendirikan rumahtangga. Aku suka bila kawan2 aku kawin, and sudah pasti aku pergi sebab nak ambik berkat. Hahaha... Mana tau, kot2 aku boleh kahwin awal kan??? Ngeeee...

Aku tak ingat nama penuh dia, tapi yang pasti aku takkan lupa nama kedua dia... Azeanatulshima. Sedap kan? Cantik secantik tuan punya nama. Huhu...

Sepatutnya aku ke sana dengan Azlina, sorang lagi member aku waktu sekolah rendah. Tapi, last minute dia ada hal yang memang tak boleh dielakkan. So, aku ingat nak gerak sorang, tapi tiba2 teringatkan si Aliffah, member aku yang berada di UPM. 

Aku dah sampai kat Penara waktu aku call dia nak tanya nak ikut ke kenduri Azean. So, aku shoot naik UPM dulu ambik dia and patah balik ke Penara. Sepatutnya janji dengan yang lain untuk meet up depan pintu dewan pukul 1, sebab ikutkan aturcara majlis, Azean sanding pukul 130 petang. Tapi pukul 130 petang baru aku sampai. Haha... Waktu aku sampai tu, Azean baru nak berarak ke pelamin. Yes!!!! Tak terlepas!!

Hehehe...

So, sampai2 aku makan dulu. Sebab nak kacau pengantin pun bukan boleh kan? Hahaha... Sementara tunggu pengantin bersanding dan makan beradab, aku lepak dengan member2 lain dekat luar dewan sambil borak2. 

Sesi bergambar *gila camera lah katakan..* pun bermula.. Hahaha... 

 Afiq nak tayang paha ke apa?? Haha....

Dari kiri: Siti Wahida, Norbaharizam, Siti Nur Shahila, aku, Siti Nur Aliffah.

Dari kiri: Mohd Nor Amin, Muhammad Sharif, Siti Nur Shahila, Mohd Afiq.

Tak ingat borak pasal apa, tiba2 si Shahila ni enterframe tangkap gambar pulak. Jadi la candid... =)

Yang baju putih tue, sepupu Azean. =)

Kami lagi... =D

Habis bergambar dekat luar, kami redah masuk untuk kacau pengantin di meja makan untuk tangkap gambar. 

*aku rasa ada lagi gambar yang takda dekat sini.. Owh yea, gambar semua adalah dari simpanan si Shahila.. Sebab tu lambat sikit update pasal cerita nie.. Ini pun ada lagi gambar yang takda... Ila, kalau ko baca, aku nak gambar pelamin ann kek!!!!!*


Pengantin baru nak makan, kami dah mengacau. Huhu... =D

Pengantin sama cantik sama padan. Tahniah Azean!!!

Gambar aku dengan pengantin perempuan haruslah ada. Dah kata ini blog aku.. Wakakaka... *gelak jahat sikit*

 Gambar kenangan kami semua bersama pengantin..

Buat Azean dan suami, 
Selamat Pengantin Baru.
Semoga perkahwinan kalian kekal hingga ke anak cucu.
Semoga pintu rezeki kalian terbuka luas.
Jangan tunggu lama2 untuk dapatkan anak.
^_^ tahniah lagi sekali.....


p/s: sejak dah besar, baru aku tau keseronokkan menjadi cam whore... sebelum nie, aku just suka menolong org utk mengabadikan kenangan mereka... owh yea, aku cam whore dengan mereka yang rapat je... =D


lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: