Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Tuesday, September 30, 2014

Hati

Hati bertabahlah,
Kejayaan bakal menjadi milikmu,
Bertahanlah untuk seketika,
Sampai waktu,
Anjakkanlah langkahmu,
Menggapai kejayaan itu..


lots of love,
[Miss Eriqa]

Kembali ke Rumah Sendiri :)


Dah lama tak mencoret sebutir kenangan di sini.
Entah kenapa, rasanya lain sekali bila kembali mengarang.

Apakah kerana tiada lagi inspirasi untuk aku coretkan kenangan?
Atau apakah tiada lagi modal untuk aku kembali mengarang?

Hanya hati yang mengetahui.
Sedangkan diri masih mencari sebutir jawapan.
Tersoroknya ia, bagaikan tiada mahu ditemui.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Monday, September 29, 2014

Mahligai dalam Belantara

Waktu lepas adalah silamku,
Waktu sekarang adalah kisah hidupku,
Aku menulis ceritera hidupku,
Aku melukis corak kehidupanku.

Saat aku terbang mencari pelangi,
Persinggahan sebentar itu aku lalui,
Belukar dan semak menjadi panduan,
Agar aku mampu kemudi arus itu.

Bukan mudah untuk aku berada di puncak,
Laluan sukar yang tidak mudah untuk aku lalui,
Bebanan yang aku pikul,
Saat aku keseorangan dalam rimbunan.

Kini engkau datang,
Saat laluan telah aku siapkan,
Saat bebanan telah aku ringani,
Benakkah dalam pemikiranmu itu,
Bahawa engkau layak menjadi penghuni,
Dalam mahligai yang aku bina,
Dengan kedinginan peluh yang menitis,
Di saat lelah hampir mencari peluang,
Membawa aku ke Pencipta-ku.


lots of love,
[Miss Eriqa]