Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Wednesday, November 19, 2014

Stressful Moment

Stressful moment is here.. Penat? Itu yang aku rasa sekarang. Tapi tak mampu untuk aku hindari. Ini pilihan aku. Ini kehendak aku. Bersabarlah sayang hanya untuk dua bulan. Mungkin tiga, mungkin empat. Siapa tahu. Sejujurnya, aku ingin masa ini berlalu. Percayalah, pasti akan tiba masa ini aku biarkan berlalu.

Yang pasti, aku hanya punya masa sehingga pertengahan minggu depan untuk semuanya selesai. Semoga Perjalanan ini tidak tertangguh.





lots of love,
[Miss Eriqa]

Saturday, November 15, 2014

Terima Kasih

Saat kau jatuh,
Tiada yang akan menolongmu,
Percayalah,
Hanya mereka yang sejati akan di sisi,

Saat kau bangun,
Ramai yang menjadi sabahatmu,
Percayalah,
Hanya mereka yang palsu ada di sisi,

Tetapi,
Andai mereka ada di sisi,
Saat kau jatuh dan bangun,
Saat kau terduduk akibat musibah,
Saat kau berdiri angkara kejayaan,
Merekalah yang jujur,
Merekalah yang sejati,
Kerana mereka tidak pernah menghakimi dirimu,
Namun merekalah yang banyak membantumu,
Untuk kau berada di tangga sekarang.

Terima kasih sahabat...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Thursday, November 06, 2014

Cerita Semalam - Tangan Bengkak

Cerita semalam.

Office building ada buat kempen derma darah.
Dan aku menderma darah setelah 2 kali terlepas akibat demam campak.
Kakak nurse taknak bagi sebab tak sampai 24jam makan ubat selesema.
Tapinya, doctor cantik sangat baik hati.
Disebabkan tiada simptom2 demam serta adeq beradeq nya.
Doctor bagi menderma.
Sangat seronok!!
Kali ke5 menderma, sekali lagi tangan bengkak.
Abang nurse tue tak dapat cari salur darah sebab berjalan.
2kali cucuk baru masuk.
Akibatnya, tangan bengkak sehingga sekarang.
Last kena masa first time menderma.
Dua2 tangan bengkak masa tue.
Sebabnya, salur darah lari masa dah cucuk.
Sakit weyh!!!
Hahaha...
And now, aku lapar.
Hahaha...
Effect bila kita kerap menderma adalah senang lapar.
Balik kerja kena cari makan jawabnya.
Hahaha...


lots of love,
[Miss Eriqa]

Tuesday, November 04, 2014

Erti Cinta Yang Hilang

Bukan mudah sebenarnya nak katakan pada seseorang yang kita cintakan dia.
Bukan mudah sebenarnya nak yakinkan pada seseorang yang kita sayangkan dia.
Apatah lagi, bila diri masing-masing busy dengan kerja sehingga kadang-kadang terabaikan perasaan pasangan kita.
Luangkan masa untuk berjumpa atau berhubung setiap hati walaupun sekejap.
Kerana, perjumpaan yang sekejap itu mampu membuatkan kita rasa disayangi.
Aku pernah berjauhan hampir 2 tahun.
Saat itu aku rasakan, segalanya serba tak kena.
Aku busy study, dia kerja tak tentu masa.
Hari-hari bergaduh.
Kadang-kadang aku punca masalah.
Kadang-kadang dia punca masalah.
Benda yang aku tak jangka boleh jadi masalah, jadi masalah.
Kadang-kadang aku sendiri tak tahu kenapa boleh bergaduh.
Sekarang, bila masing-masing depan mata.
Jarang sangat aku bergaduh dengan dia.
Tapi, bukan setiap masa aku dengan dia gembira.
Tetap akan bergaduh juga kadang-kadang.
Itu yang mematangkan aku dalam kehidupan.
Yea, aku pernah jatuh sayang lepas aku lupakan erti cinta.
Sebelum aku kenal diri dia.
Dan keperitan yang aku rasa saat itu.
Tidak mampu aku gambarkan dengan kata-kata.
Kini, aku cuba bangun semula.
Mencari erti cinta dan sayang dalam masa yang sama,
Bukan mudah rasanya nak dapatkan semula rasa itu.
Bertahun aku cuba mencari.
Tidak pasti apakah aku temui rasa itu.

lots of love,
[Miss Eriqa]