Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Tuesday, November 04, 2014

Erti Cinta Yang Hilang

Bukan mudah sebenarnya nak katakan pada seseorang yang kita cintakan dia.
Bukan mudah sebenarnya nak yakinkan pada seseorang yang kita sayangkan dia.
Apatah lagi, bila diri masing-masing busy dengan kerja sehingga kadang-kadang terabaikan perasaan pasangan kita.
Luangkan masa untuk berjumpa atau berhubung setiap hati walaupun sekejap.
Kerana, perjumpaan yang sekejap itu mampu membuatkan kita rasa disayangi.
Aku pernah berjauhan hampir 2 tahun.
Saat itu aku rasakan, segalanya serba tak kena.
Aku busy study, dia kerja tak tentu masa.
Hari-hari bergaduh.
Kadang-kadang aku punca masalah.
Kadang-kadang dia punca masalah.
Benda yang aku tak jangka boleh jadi masalah, jadi masalah.
Kadang-kadang aku sendiri tak tahu kenapa boleh bergaduh.
Sekarang, bila masing-masing depan mata.
Jarang sangat aku bergaduh dengan dia.
Tapi, bukan setiap masa aku dengan dia gembira.
Tetap akan bergaduh juga kadang-kadang.
Itu yang mematangkan aku dalam kehidupan.
Yea, aku pernah jatuh sayang lepas aku lupakan erti cinta.
Sebelum aku kenal diri dia.
Dan keperitan yang aku rasa saat itu.
Tidak mampu aku gambarkan dengan kata-kata.
Kini, aku cuba bangun semula.
Mencari erti cinta dan sayang dalam masa yang sama,
Bukan mudah rasanya nak dapatkan semula rasa itu.
Bertahun aku cuba mencari.
Tidak pasti apakah aku temui rasa itu.

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: